Inginkan bentuk badan macam peragawati Victoria's Secret, Miranda Kerr? Di sini kami senaraikan cara mudah untuk bersenam tanpa meninggalkan rumah.
Setelah menerima berita bahawa barisan peragawati terhangat bakal memperagakan koleksi tahunan Victoria's Secret, semestinya kita bukan sekadar tidak sabar untuk menonton peragaan fesyen tersebut malah pasti inginkan bentuk badan yang sama mantap seperti mereka!
Tidak tahu bagaiman hendak mula? Contohnya senaman apa yang boleh memperolehi kaki panjang, paha yang kurus dan cantik?
Mari kita lihat contoh senaman yang diamalkan peragawati Victoria's Secret sebelum pertunjukan fesyen!
Miranda Kerr
Biarpun beliau sudah bersara daripada dunia peragaan pakaian dalam, Miranda masih miliki bentuk badan yang menggiurkan kalah anak dara. Bagaimana Miranda mengekalkan bentuk badan sebegitu?
Mudah sahaja, senaman barre.Senaman barre boleh dilakukan dimana-mana sahaja, tidak semestinya kunjungi gym. Senaman ini bagus untuk memperbaiki keseimbangan badan dan menguruskan paha.
Selain daripada senaman barre, Miranda turut mengamalkan senaman squats untuk menguatkan otot kaki dan memberikan bentuk punggung dan kaki menarik.
Cabaran Squat 30 Hari
Alang-alang kita tumpukan pada membaiki bahagian punggung dan kaki, mari mencuba cabaran squat selama 30 hari. Bagaimana lakukan squat?
Lebih kurang seperti hukuman ketuk ketampi semasa sekolah dahulu, cuma bezanya kedua tangan dilapangkan ke hadapan atau boleh angkat berat. Mulakan pada hari pertama sebanyak 50 kali. Tambah 20 pada hari berikutnya dan ulangi selama 3 hari berturut-turut. Pada hari ketiga, amalkan rehat. Ingat, apabila rehat, jangan lakukan sebarang senaman kaki!
Ini kerana otot kaki perlu masa untuk sembuh setelah dikerjakan . Anda akan melihat perubahan setelah sebulan, namun harus dilakukan dengan disiplin! Selamat mencuba, semoga memperolehi perubahan kaki dan punggung persis Miranda Kerr setelah 30 hari!
0 ulasan:
Catat Ulasan