Amboi-amboi, bukan main cantik lagi Admin tengok gambar baju resepsi kak Raja Azmi kita yang tak lama lagi bakal melangsungkan perkahwinannya.
Kelas okay, siap dapat tajaan lagi. Admin makan hati je sebab tiada siapa nak sponser Admin pun. Yang penting baju yang bakal digayakan oleh Raja Azmi itu adalah inspirasi perkahwinan bintang Hollywood yang kahwin dengan anak raja dari Eropah.
Haaa kelas tak info Admin kali ini? Haruslah sebab aktres jelita itu memang Admin minat. Tapi Admin tak boleh la nak share kat sini gambar baju yang akan dipakai produser itu pada anda semua. Tetapi kad kahwin bolehlah Admin tunjukkan dengan anda. Kad ini sampai kepada Admin melalui Ketua Editor Admin. Maksudnya Admin dapat curi ambil gambar sahaja, bukanlah untuk Admin.
Tapi Raja Azmi dah wakilkan, Insya Allah ada waktu panjang sampailah nanti. Berbudi bahasa tak Admin, tak mahulah macam isteri pemain bola yang hangat diperkatakan sekarang. Takut! Eh tersasar pula bercerita, Admin nak kongsi pasal kad kahwin yang eksklusif ini. Kad kahwin ini boleh dijadikan frame gambar tau. Kelas tak idea Raja Azmi?
Selalu kad kahwin orang buang-buang sahaja. Tetapi kad kahwin Raja Azmi boleh letak gambar bagai. Admin pun suka dengan idea ini. Lepas ni mesti ramai nak guna idea yang samakan? Admin pun terfikir perkara yang sama untuk kad kahwin Admin nanti. Mesti ramai yang makan hati. Kepada Raja Azmi, Admin nak ucapkan selamat berbahagia.
Mereka yang mendapat jemputan sama, berjumpalah kita pada 13 Oktober ini ok? Admin pakai biasa-biasa sahaja, tak mahu overshine pengantin. Nanti kena carut! Oppppss!
0 ulasan:
Catat Ulasan