29 September 2013

Posted by jinson on 29.9.13 No comments
Pengajaran-hidup-daripada-Hanis-Zalikha/
Saya percaya bahawa kita boleh belajar tentang hidup daripada sesiapa sahaja, tidak semestinya orang yang lebih berusia daripada kita. Kali ini saya pilih selebriti ceria, Hanis Zalikha, kerana saya suka sikap optimist beliau.
 Biarpun masih belia, Hanis seorang yang matang dalam pilihan hidup. Di sini saya senaraikan 4 pengajaran hidup yang diperoleh daripada memerhatikan pengacara cantik Astro ini.

 Sentiasa berfikiran positif
 Ingat lagi sewaktu Hanis Zalikha mula ceburi bidang pengacaraan dan perlu melawat negara asing? Bagi beliau, itu merupakan cabaran. Biarpun sudah biasa dilakukan di tanah air sendiri, Hanis tidak anggap ia sebagai sesuatu yang mudah malah sentiasa anggap sebagai peluang untuk belajar lebih baiki skil sedia ada.Dan perkara yang saya suka tentang Hanis, beliau tidak merungut, tetapi terus menghadapi cabaran dengan pemikiran positif.

 Jadikan collagen teman baik kulit anda
 Saya setuju seratus peratus dengan Hanis tentang penjagaan kulit. Jika kita tidak jaga kulit sejak muda, tua nanti pasti menyesal. Pada usia 25 tahun, anda harus mula ambil berat tentang senaman dan penjagaan kulit kritikal seperti krim anti-penuaan dan collagen. Hanis yang amalkan permakanan collagen dan pemakaian mask bagi menegangkan kulit muka dan pastikan kulit sentiasa berseri.Anda pun mahu cantik macam Hanis Zalikha bukan? Collagen merupakan pelaburan terbaik untuk anda.

 Jadikan semua orang teman anda
 Hanis Zalikha bukan seorang yang sombong. Beliau tidak kira samada majikan atau kuli, malah semua dijadikan sahabat. Ikuti tip Hanis ini, kerana kita tidak tahu siapa yang akan bantu kita di masa hadapan. Bukanlah beritahu rahsia peribadi kepada semua, cuma dinasihati bersikap ramah agar disenangi semua. 

Sentiasa dekatkan diri dengan keluarga
 Hanis seorang yang pentingkan keluarga, lihat sahaja keakraban beliau bersama ahli keluarganya. Ini penting kerana tidak kira berapa banyak duit yang ada, tidak mungkin dapat menggantikan ahli keluarga yang akan sentiasa berada di samping anda. Teman lelaki/suami boleh tinggalkan anda bila-bila, namun keluarga akan sentiasa berada di sisi untuk pastikan anda OK.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog