Seperti biasa selang sebulan dua, pasti akan kontroversi atau khabar angin yang melanda Che Ta dan Zain. Terbaru, mereka dikatakan telah bertunang secara senyap-senyap. Zain telah tampil menerusi Mstar Online untuk menafikan berita tersebut. Kata Zain:- Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini? Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan. Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami
Secara jujur, Abang Nara rasa peminat-peminat sebenarnya dah tak sabar nak melihat pasangan kekasih ini duduk di atas pelamin. Itu yang keluar semua cerita macam ini. Bersabarlah Zain dan Che Ta. Teruskan mengikut perancangan anda. Jangan terburu-buru. Yang nak berkahwin ialah anda berdua. Bukannya orang lain. Tak gitu?
0 ulasan:
Catat Ulasan