22 September 2013

Posted by jinson on 22.9.13 No comments

Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat “Babi Hutan” tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang.
 Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarzaman Mohamed Yunus berkata:

 “Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterusnya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut.selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar”.


Babi “mengamuk” sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan.


Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit.


Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog