Ikatan pertunangan selama tiga bulan antara pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30, dan Md Zhafran Md Yusof akhirnya hubungan pasangan dua sejoli ini termetrai sebagai suami isteri yang sah apabila Fouziah selamat bergelar suri hati ahli perniagaan dan perunding keewangan ini, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 9.45 malam, tadi. Akad nikah disempurnakan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Petaling, Ustaz mohd Sujak Hj. Mohd Dasuki. Dan berwakil walikan abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Zhafran (Zhaf), 30, memberikan mas kahwin sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat. Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma. Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Zhaf menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Fouziah pula menyarungkan cincin kepada suaminya. Majlis yang berlangsung serba ringkas tapi meriah ini bertemakan ala Pakistan, sentuhan oleh perunding perkahwinan Naz Great Idea. Menyaksikan pasangan mempelai mengenakan busana tradisional Pakistan berona putih. Turut di hadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media. Lebih istimewa tarikh keramat yang menyatukan pasangan ini adalah bersempena tarikh ulangtahun perkahwinan ibu bapa pengantin lelaki yang ke-40, iaitu Hj. Yusof Ismail dan Hjh. Normah Ali. Majlis persandingan Fouziah dan Zhaf yang juga bertemakan tradisi Pakistan akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 29 September di Hotel J.W Marriot, Putrajaya. Disusuli pula dengan majlis menyambut menantu bertemakan Songket Tradisional akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam. Fouziah dan Zhaf telah mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan majlis diadakan di restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala. Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung, sejak enam bulan lalu.
22 September 2013
Posted by jinson on 22.9.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
September
(484)
-
▼
Sep 22
(8)
- Gempar!!! Babi ‘Mengamuk’ Di Bandar Kuantan
- (GAMBAR) Artis Terkenal Mabuk Hingga Ternampak Sel...
- (GAMBAR) Kapal Meletup & Terbakar Di Jeti Petronas...
- (GAMBAR) Nassier Wahab Nyaris Maut Dalam Kemalangan.
- Majalah Bakal Disaman Kerana Siarkan Gambar Seluar...
- 29 Boats Seized In Klang Gate Dam.
- Pakai Baju Kurung Mudah Di Rogol.
- Foto: Sekali Lafaz Fauziah Gous Sah Bergelar Ister...
-
▼
Sep 22
(8)
-
▼
September
(484)
0 ulasan:
Catat Ulasan