Penyanyi Anuar Zain berasa fobia apabila melihat mana-mana individu termasuk peminat merakam foto wajahnya tanpa meminta izin kerana risau dirinya akan menjadi bahan kutukan di laman-laman sosial Internet.
Menurut penyanyi berusia 43 tahun ini , keadaan itu sering terjadi apabila ada pihak mengambil pendekatan mengutuknya selepas gambar-gambar yang dirakamkan dimuat naik menerusi laman sosial masing-masing seperti Twitter, Instagram dan Facebook.
"Memandangkan saya tidak mempunyai sebarang laman sosial, saya sering mendapat tahu daripada rakan-rakan bahawa ada beberapa individu yang tidak puas hati mengutuk saya di Twitter. "Mereka mengambil foto saya apabila melihat saya berada di sesebuah lokasi kemudian mengutuk tanpa sebab.
Sehinggakan ia buat saya berasa fobia apabila ada pihak yang mengambil foto tanpa izin saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak kisah pun jika ada yang mahu bergambar,” katanya. Tambah Anuar keadaan itu juga membuatkan dia enggan memiliki sebarang akaun laman sosial peribadi kerana ia akan menjadi perkara negatif bagi sesetengah pihak.
Malah kutukan yang dilemparkan boleh mengganggu emosinya kerana Anuar beranggapan dia tidak pernah melukai hati sesiapapun, maka pihak lain tidak ada hak untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan