13 Ogos 2013
Posted by jinson on 13.8.13
No comments
Pelakon Zul Ariffin mahu memperbaiki dan memantapkan ilmu agama terlebih dahulu sebelum melamar kekasihnya, penerbit filem Tayangan Unggul iaitu Gayatri Su-Lin Pillai.
Aktor berusia 27 tahun itu berkata, dia merasakan perkara itu lebih penting kerana selepas berkahwin kelak dia perlu membimbing bakal isterinya itu mendalami ilmu agama Islam.
"Saya yang ingin memantapkan terlebih dahulu pengetahuan saya kerana jika ada jodoh di antara kami tanggungjawab saya untuk mendidiknya mendalami ilmu agama Islam.
"Bagaimana saya ingin mendidiknya sedangkan ilmu saya juga tidak mencukupi?," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Zul berkata, Gayathri sangat terbuka soal agama dan pengetahuan asasnya mengenai Islam sangat baik.
Bagaimanapun kekasihnya itu masih belum membuat keputusan untuk memeluk Islam buat masa ini dan membiarkan wanita itu menukar agamanya dengan kerelaan hati dan bukannya paksaan.
"Pengetahuan asasnya tentang Islam bagus dan Gayatri sendiri sudah seperti orang Melayu kerana pergaulannya meliputi pelbagai bangsa malah kadang-kadang saya rasa dia lebih 'Melayu' daripa saya," ujarnya.
Sementara itu, Zul tidak menafikan ada berbincang tentang soal perkahwinan dengan kekasihnya itu namun ia adalah perbualan biasa dan tidak merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat.
"Sudah tentu kami mahu membawa hubungan itu ke tahap lebih serius tambahan pula keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui.
“Bagaimanapun buat masa ini kami belum ada apa-apa perancangan. Insya-Allah, doakan kami," jelasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
0 ulasan:
Catat Ulasan