13 Ogos 2013

Posted by jinson on 13.8.13 No comments
.Tidak semena-mena kisah penyanyi ini sudah tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya menyapa halwa telinga. Setelah tiga tahun dia mendirikan rumah tangga, ini kali pertama mendengar dia mempunyai masalah keluarga. Pernah terpalit dengan kontroversi suatu ketika dulu, namanya kian tenggelam sebelum ini muncul kembali. Tidak dinafi kesibukan sebagai penyanyi memaksa wanita ini sedikit terikat dengan urusan di luar. Jarang ditemani suami kemana-mana, mungkin kerana itu juga ada yang mula membuat spekulasi liar mengenai hubungannya dengan suami. Bagaimanapun, Norayu Damit atau dikenali dengan nama Ayu OIAM menafikan berita tersebut. "Saya bahagia dengan suami, malah saya tidak pernah mempunyai masalah keluarga ketika ini. "Pada saya, cerita ini timbul mungkin kerana suami jarang menemani saya ke mana-mana acara. Jujurnya, suami saya memang tidak suka melibatkan diri dengan urusan kerjaya saya", katanya. Mengakui suaminya langsung tidak menghalang dia meneruskan karier sebagai penyanyi menurut Ayu kepercayaan yang diberikan suaminya tidak akan dipersiakan. "Suami memang tidak pernah halang untuk saya meneruskan kerjaya saya sebab dia taahu ini kerjaya saya. Cuma sebagai isteri dan ibu, ada batas yang saya perlu akur", kata ibu kepada dua anak ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog