20 Ogos 2013

Posted by jinson on 20.8.13 No comments
Seorang Model Tak Malu Bercinta Dengan Bini Orang
Murai Batu pasti hari ini ramai umat Islam di Malaysia ni dah mula berkerja selepas lama bercuti panjang sempena Aidilfitri.
 Yelah, budak sekolah pun setahu Murai Batu baru sahaja memulakan persekolahan mereka hari ini. Dalam mood raya dan bekerja ni, Murai Batu didatangi dengan rakan zaman persekolahan dulu yang bertanya khabar.
 Sambil-sambil tu, sempat juga dia menyampaikan satu cerita mengenai seorang model lelaki yang agak popular dalam iklan televisyen sekarang ni.
 Rakan Murai Batu itu memberitahu dia tidak sangka pulak apabila mendapat tahu model yang berstatus bujang itu sedang bercinta dengan isteri orang.
 Bukan sahaja isteri orang tetapi ibu kepada 3 orang anak. Wah! dahsyat betul bila Murai Batu dengar cerita dia ni. Tahulah, muka tu boleh jual di televisyen, tapi takkanlah bini orang pun nak kebaskan?
 Dengarnya, dia sempat lagi memuat naik gambarnya dengan wanita itu di laman sosial. Dengarnya lagi, bini orang itu sudah tangkap cintan dengan si mamat ni sehinggalah hubungannya dengan suaminya jadi makin renggang.
 Murai Batu diberitahu lagi wanita itu sudah pun meminta cerai daripada suaminya supaya dia dapat teruskan hubungannya dengan jejaka itu. Murai Batu pun terkejut juga dengar cerita rakan Murai Batu ni, macam tak percaya pun ada.
Tapi apa-apa pun Murai Batu harap agak pasangan ini cepat-cepatlah sedar diri setelah melakukan perbuatan yang agak keji ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog