20 Ogos 2013

Posted by jinson on 20.8.13 No comments
Zetty Adila Telah Bertunang Dan Bukan Dengan Fahrin Sebagai seorang ahli perniagaan yang berkeecimpung dalam dunia penerbitan drama televisyen, Datin Zaiton Mohd Jiwa turut dikelaskan setaraf selebriti yang tidak dapat lari daripada terpalit kontroversi mengaitkan dirinya atau syarikatnya, Global Station Sdn Bhd. Apatah lagi apabila ramai mengetahui mengenai statusnya sebagai kakak kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu suami kepada penyanyi Dato' Siti Nurhaliza, membuatkan Zaiton atau Kak Tin turut mendapat perhatian media. Selain majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung pada Sabtu lalu, Zaiton turut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, Zetty Adila Ramly yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama, 17 Ogos lalu. Zetty Adila yang pernah dikatakan rapat dan menjadi teman wanita kepada aktor Fahrin Ahmad, telah mengikat tali pertungan dengan jejaka pilihan hatinya. Pihak Murai telah berjaya mendapatkan komen Zaiton mengenai majlis pertunangan ini. "Memang dahulu anak saya pernah dikaitkan dengan pelakon Fahrin Ahmad kerana mereka sering dilihat bersama dan sebagainya. Tetapi anak saya sendiri sebenarnya tiada memberitahu mengenai sejauh mana hubungannya dan Fahrin jadi saya anggap mereka rapat atas urusan kerja. "Anak saya turut terlibat di dalam produksi dan bertindak sebagai eksekutif produser. Mungkin perhubungan mereka yang pada asalnya melibatkan pelakon dan wakil produser itu disalah anggap bila sering dilihat bersama kerana komitmen Fahrin dengan syarikat kami. "Tiada perkara untuk saya ulaskan kerana ini pilihan anak saya, cuma jejaka itu bukanlah berstatus selebriti,"ujar Zaiton ketika ditanya mengenai status hubungan anaknya Zetty Adila yang pernah digosipkan dengan Fahrin Ahmad.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog