24 Ogos 2013

Posted by jinson on 24.8.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.Selepas tujuh tahun mendaftarkan nama dengan pihak Tabung Haji (TH), penyanyi Saida akhirnya terpilih untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini. Pemilik nama sebenar, Siti Norsaida Tarudin, 38, tidak menyangka mendapat tawaran tersebut ketika dia melakukan perubahan imej iaitu dengan memakai tudung pada bulan Ramadan lalu. "Alhamdulillah tiada kata lain yang dapat saya luahkan apabila mendapat surat untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Sudah tentu saya terkejut dengan berita tersebut kerana doa saya untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah", katanya yang pertama kali bakal ke Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji serentak. Saida memberitahu dia dijadualkan berlepas ke kota suci Mekah pada September depan dan masih menantikan jadual penerbangan oleh pihak TH. Dalam perkembangan sama, Saida berkata, dia telah memohon kepada pihak Tabung Haji untuk membawa anak sulungnya iaitu Siti Nurunnyssa, 17, sebagai peneman dan masih menantikan jawapan itu dari pihak TH. Sebagai persiapan, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini, dia turut menghadiri kursus Haji selain mempelajari hal-hal berkaitan agama agar lebih bersedia menunaikan Rukun Islam itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog