24 Ogos 2013

Posted by jinson on 24.8.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Aktres dan penyanyi yang sering dikenali dengan imej seksi, Kilafairy memberitahu kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa pihak ekoran videonya yang mencetuskan kontroversi kononnya dia tidak memakai seluar, sikit pun tidak memberi kesan buruk terhadap kerjaya mahupun perniagaan fesyennya. "Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaa saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar", "Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari Instagram saya", jelasnya kepada Malaysian Digest.com mengenai isu tersebut, ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga 33,335 persegi, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam. Pada Ramadan lalu, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 21 memuat naik sebuah video menerusi laman Instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan dia sedang memakai baju-T sambil menunjukan beberapa gaya. Apa yang mencetuskan isu panas, baju-t berwarna putih yang pakainya itu menampakkan pehanya yang gebu. Sekali tengok, seperti dia tidak memakai seluar. Namun Kila berkata, isu tersebut memberi pengajaran kepadanya malah selepas ini dia akan lebih berhati-hati. Tidak mahu perkara sama berulang, kata Kila, berkemungkinan selepas ini dia tidak lagi menjadi model kepada koleksi jenamanya, iaitu Rack. Sebaliknya akan mendapat khidmat model lain untuk satu-satu promosi jenama fesyennya itu pada masa akan datang. "Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja", katanya.

Kikis Simbol Sek.

.Dalam pada itu anak bongsu kepada penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini mengakui sejak muncul dalam industri hiburan, dia sinonim dengan jolokan 'artis simbol seksi' kerana penampilannya ditambah pula dengan bibir mungilnya mirip Angelina Jolie dan liuk lekuk tubuhnya yang melentik. Bahkan gara-gara 'label' sebegitu, dia sering ditawarkan watak-watak yang memerlukan dia tampil seksi. Bagaimanapun dia kini secara pelahan-lahan cuba mengkikis persepsi tersebut dengan lebih memilih dari segi tawaran juga mengubah penampilan. "Saya dilabelkan sebegitu mungkin sebab setakat hari ini tak ada lagi lakonan saya yang benar-benar memberi impak dan dapat mengukuhkan nama saya. Tapi saya percaya semua itu perlukan masa untuk saya buktikan pada orang ramai yang saya benar-benar berbakat. "Saya akui banyak tawaran lakonan terutama untuk filem, memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang. Tapi saya tolak secara baik tawaran tersebut. "Dan untuk mengikis persepsi tu, sekarang ni saya cuba ubah penampilan misalnya make up saya lebih nipis dan tampil dengan pakaian yang lebih sedap mata memandang", katanya yang baru empat tahun bergelar anak seni. Dalam perkembangan lain, Kila dalam proses menyiapkan single keduanya. Selain itu, dia bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie Beranak Dalam Kubur arahan Michael Ang, pada September ini.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog