6 Julai 2013

Posted by jinson on 6.7.13 No comments
lindadanbeegolakonan Linda Hashim & Beego Berlakon Bersama Selepas Kahwin

Linda Hashim & Beego Berlakon Bersama Selepas Kahwin | Rezeki mula datang bergolek setelah dua pasangan ini menerima tawaran lakonan yang kini telah bergelar suami isteri. Isteri Beego cukup gembira kerana rezekinya semakin bertambah selepas berkahwin. “Alhamdulillah kami ada dapat beberapa tawaran lakonan untuk RTM selepas kami berkahwin. Mungkin pihak produser melihat kami pasangan yang sesuai untuk digandingkan,” katanya yang membintangi drama Balkis yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan di TV1. Sebelum ini, pasangan ini pernah di gandingan dalam drama bersiri Fatimah Juling dan Seuntai Tasbih masing-masing terbitan Astro dan RTM. Sementara itu, ditanya mengenai penglibatan mereka yang sering berlakon untuk siaran RTM berbanding stesen lain, Linda berkata, perkara itu bukanlah satu masalah buatnya. “Ya… memang benar banyak tawaran yang datang adalah dari RTM. “Saya tidak kisah berlakon di stesen TV mana pun, yang penting ada rezeki, tapi bagi saya bayaran untuk drama RTM lebih baik berbanding stesen lain,” katanya. Dalam pada itu, bercerita tentang kehidupan berkeluarga, Linda berkata, dia kini lebih bahagia dan masih lagi belajar menjadi seorang isteri yang terbaik buat suaminya. “Alhamdulillah semua berjalan lancar, kami baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Bali, Indonesia. “Banyak perkara yang saya belajar menjadi seorang isteri dan tidak sabar untuk memasuki bulan Ramadan ini,” katanya. Apapun pada penulis semoga kemesraan ini akan dapat dikekalkan sehingga ke anak cucu.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog