6 Julai 2013

Posted by jinson on 6.7.13 No comments
752013 ritaanakcemburu a Anak Cemburu Bila Rita Rudaini Didekati Seseorang?

Anak Cemburu Bila Rita Rudaini Didekati Seseorang? | Biarpun Syawal yang menjelang kelak menandakan bahawa ianya bakal menjadi tahun kedua Rita Rudaini beraya tanpa suami di sisi namun dramatis jelita itu nyata langsung tidak merasai kekurangan dari segi itu. Sebaliknya, 2 orang putera dalam hidupnya kini adalah segalanya buat Rita serta merupakan keutamaannya yang terpenting dalam hidupnya. Mengenai kisah dan hal rumahtangga, Rita meletakkan ia di posisi yang jauh di bawah dan sekadar berserah kepada takdir untuk menentukan jodohnya dengan pemain bola sepak ternama negara, Aidil Zafuan. Jarang sekali Rita berenggang dengan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna yang kini masing-masing berusia 4 dan 2 tahun itu. Jika di luar waktu Rita berkerja, sudah semestinya kedua-dua hero itu yang akan menemani aktres jelita berusia 36 tahun ini ke mana sahaja dia pergi. “Sekarang fokus utama saya hanya pada anak-anak. Tiada lain yang mampu mengembirakan hati saya selain daripada melihat telatah mereka berdua. Benda yang tidak pernah selesai (kes rumahtangga), itu biarkanlah. “Saya tunggu sahaja apa keputusan daripada pihak mahkamah tetapi selagi saya boleh lawan, saya akan lawan demi anak-anak dan keadilan untuk saya. Lagipun saya sendiri susah nak percayakan orang untuk menjaga anak saya. Lagi-lagi pelbagai cerita penderaan budak oleh pembantu rumah, saya jadi fobia. “Ada juga yang suruh pasang CCTV, tapi saya bukan risau anak kena dera. Tapi risau kalau saya nampak anak saya dah kena dera, memang parah pembantu rumah itu saya kerjakan,”ujar Rita berseloroh sambil menceritakan tentang perihal anak-anaknya yang sentiasa berada dalam pengawasannya sendiri. Dek kerana sentiasa berada di depan mata, anak sulung Rita yang lebih dikenali dengan nama Rayyan itu dikatakan cemburu jika ada orang lain kelihatan mendekati ‘mummy’nya itu. Tidak kira siapa pun, Rayyan dikatakan bimbang kalau-kalau mummynya akan dibawa lari meninggalkannya. “Mana tidaknya kalau dah setiap masa dengan saya, bila ada orang duduk sebelah saya pun dia dah merengek tidak mahu orang duduk berdekatan dengan saya. Kalau dulu ada pembantu tidaklah sampai begini. “Sekarang ini memang semua saya buat sendiri. Ibu sayalah yang akan ambil alih tugas menjaga mereka jika berkunjung ke KL atau jika saya ada penggambaran di luar. Macam saya cakap sebelum ini, memang susah nak percaya orang jaga anak kita. “Kalau waktu bersama memang saya tak dapat nak buat apa-apa selain melayan karenah mereka. Lepas dah penat, mereka masuk tidur barulah saya dapat berkemas dan membuat hal-hal lain,”tambahnya lagi. Rita Rudaini ditemui di sebuah majlis anjuran label perhiasan diri terkemuka, Pandora di Paradigm Mall, Kelana Jaya, Khamis, semalam. Majlis yang meraikan koleksi terbaru Pandora khas untuk digayakan sempena Aidilfitri itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Fouziah Gous, Kaka Azraff, ChaCha Ma’embong dan Nabila Huda. Aktres yang baru selesai dengan telemovie Antara Safa & Marwah itu kini sedang berehat menanti Ramadhan dimana dia akan bercuti sepanjang bulan dan menumpukan perhatian pada anak dan persiapan Syawal. Khabarnya dia telah pun memiliki 10 helai baju raya dan akan pulang ke Perlis berhari raya. Perniagaan kosmetik miliknya iaitu RS Collagen juga terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan bakal tampil dengan produk baru tidak lama lagi.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog