Menerusi kenyataannya kepada mStar Online hari ini, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.
Lana berkata gosip dia ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan dirinya dan dia sendiri tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Tambah Lana, sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, dia sudah pun membuat penjelasan.
Jadi terpulanglah kepada semua pihak sama ada mahu percaya atau tidak. Lana berkata dia tahu masih ada pihak yang sangsi dengan penafiannya itu. Lantas dia mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan cakap-cakap orang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas lebih-lebih lagi dikatakan meminum arak sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras.
Aktres itu secara jujur mengakui yang dia seorang yang gemar ke kelab, namun tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Lana turut menambah yang dia sudah biasa dengan tafsiran negatif sesetengah pihak berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran terhadap dirinya.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Lana bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
0 ulasan:
Catat Ulasan