31 Julai 2013

Posted by jinson on 31.7.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Sebelum ini penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak mengiyakan, juga tidak menidakkan ketika diminta mengulas mengenai desas-desus yang timbul kononnya dia telah pun memutuskan pertunangannya pengarah, Azmi Hatta.
 Namun gosip itu masih terus berlegar mengatakan dia memang bukan lagi tunangan kepada sutradara tersebut. Bertemu dengan pelantun Sabarlah Hati ini, tanpa sempat Malaysian Digest.com bersama pihak media lain sekali lagi mahu bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, Elly lebih pantas berkata, "Pasal tunang?
 Buat masa ini hubungan kami macam biasa, baik-baik saja. Sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya. Bila tiba masanya nanti, saya akan berkongsi bersama semua mengenai hari bahagia saya.
 "Pada saya benda baik buat apa nak dirahsiakan. Memang saya akui dari dulu lagi saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi saya. Tapi sejak saya berkongsi mengenai berita pertunangan saya pada umum, ramai terkejut dan tentunya nak tahu bila kami akan bernikah, kan.
 InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, saya akan khabarkan", katanya ketika ditemui pada majlis majlis Iftar KRU Studios dan Pelancaran album Oh My Raya & Hijab di Ufuk Barat bertempat di sebuah hotel di pinggir ibu kota, malam tadi. Elly dan Azmi, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.
 Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Mengenai sikap Elly sebelum ini seolah-olah berdolak dalih apabila ditanya soal tunangnya sekaligus menguatkan lagi spekulasi dan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia dan Azmi memang sebetulnya tiada lagi apa-apa ikatan, pelakon Awan Dania The Movie ini berkata,

.
"Kepada mereka yang 'lebih tahu' tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh katakan pada mereka, cuba lagi", tuturnya sambil tersenyum sinis. Lantas ditanya mengapa melengah-lengahkan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, Elly menyatakan kekangan masa dan kesibukan terhadap kerjaya masing-masing membuatkan impian mereka mahu bergelar suami isteri belum terealisasi sehingga hari ini. "Bila dah bertunang tentunya kami nak berkahwin. Tapi kami sibuk dengan jadual masing-masing. Selain tu, dalam semua hubungan pun ada pasang surutnya. Tak semestinya kalau kami ada masalah, terus nak berpisah. "Walaupun saya tak suka kongsi hal peribadi pada umum tapi bagi saya, kalau nak cerita, saya suka cerita tentang yang manis-manis kepada semua. Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami. "Alhamdulillah, meskipun timbul gosip sebegini (putus tunang), keluarga kedua-dua pihak dapat menerima dengan baik. Apa yang penting, mereka faham dan tahu tentang situasi kami. Dan saya pun sebenarnya tak kisah nak jawab spekulasi ini", tuturnya. Sementara itu mengenai persiapan raya, tahun ini dia akan pulang ke kampungnya di sungai Perak dan Tanjung Malim untuk berhari raya bersama sanak saudara. "Raya ni saya hanya cuti semiggu selepas tu dah kembali bekerja. Saya akan balik ke Sungai Perak dan kemudia pergi melawat keluarga sebelah ibu di Tanjung Malim", katanya. Dalam perkembangan lain, Elly yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama 40 episod, Mencari Cinta bakal muncul menerusi program raya, Raya Sama-Sama di saluran RTM.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog