Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan bagi umat Islam. Namun begitu, dalam mencari keredhaan Tuhan, dalam bulan Ramadan juga terdapat banyak dugaannya.
Pelbagai perkara mengundang iritasi, misalnya pasangan yang menghina bulan puasa, majikan tidak bertimbang rasa, klien yang cerewet, dan anak yang tidak mahu berhenti menangis.
Perkara remeh pun membuat kita mudah melenting, tambahan apabila menahan diri daripada lapar dan dahaga. Jangankan kerana melayan perasaan marah, hilang begitu sahaja amalan puasa sebulan.
Mari kita lihat bersama cara-cara yang boleh bantu menenangkan perasaan dalam bulan Ramadan Karim ini!
Meditasi dan Ibadah
Meditasi bukan sahaja dari segi latihan pernafasan. Malah ketika lakukan meditasi, anda boleh tumpukan fokus pada perkara yang paling menyenangkan anda, misalnya bayangkan diri berada di pantai atau taman. Melakukan ibadah juga merupakan cara terbaik untuk menenangkan fikiran.
Bulan Ramadan ini, rajinkan kaki melangkah ke rumah ibadah untuk tunaikan solat tarawikh dan perbanyakkan bacaan Al-Quran. Senaman Siapa bilang tidak boleh lakukan senaman ketika berpuasa?
Oleh kerana badan tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk senaman kardio yang berat, cukup sekadar senaman ringan seperti yoga dan pilates.
Senaman mampu mengalihkan fokus anda daripada perkara yang menyakitkan hati. Masak/ Membuat kuih Dengan kehadiran hari lebaran tidak lama lagi, mungkin mengalihkan rasa marah itu kepada merajinkan diri di dapur untuk masak juadah berbuka ataupun kuih untuk menyambut hari raya lebih baik.
Saya sendiri rasa lebih tenang setelah menghabiskan masa membuat biskut raya di dapur. Sekiranya anda tidak biasa, sekarang masa terbaik untuk mula berjinak dengan resipi kuih raya yang ringkas!
Cuti
Ini adalah solusi terakhir. Sekiranya tidak dapat menahan kemarahan, mungkin perkara yang baik untuk keamanan anda dan orang sekeliling anda adalah dengan mengambil sedikit masa untuk diri sendiri.
Cuti seminggu mungkin terlalu lama, tetapi apa yang boleh dilakukan adalah kompromi untuk bekerja di rumah dan jauhkan diri daripada orang ramai sehingga perasaan anda tenteram semula.
0 ulasan:
Catat Ulasan