17 Julai 2013

Posted by jinson on 17.7.13 No comments
Ashraf Muslim Failkan Permohonan Poligami Hari IniKUALA LUMPUR, 17 JULAI 2013: Selepas lebih dua bulan berteka-teki berhubung spekulasi perancangan perkahwinan keduanya, pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim dijangka muncul di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membuat permohonan berpoligami hari ini. Laporan akhbar Berita Harian hari ini memetik, Ashraf, 32, akan membuat permohonan itu bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi selepas mendirikan rumahtangga dengan Noor Dayana Lokman, 26, tiga tahun lalu. Pasangan itu bagaimanapun masih belum dikurniakan cahaya mata dan media sebelum ini ada melaporkan yang Ashraf ada mengambil borang permohonan untuk berpoligami pertengahan Jun lalu. Laporan media terdahulu juga ada memetik yang Ashraf ingin berpoligami selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah mengakui menjalin hubungan dengan pelakon itu. Wanita tersebut turut mendakwa mengenali Noor Dayana serta reda jika terpaksa bermadu.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog