Anggota keselamatan menemui mereka sedang tidur selepas menahan dua lelaki yang mengutip wang tebusan. Maria Concepcion Marlaska, 43, dan Angel Fernandez, 49, diculik pada 17 Mei lalu ketika dalam pejalanan ke pusat pelancongan Cabo de la Vela di utara Colombia.
“Mereka sudah bebas dan sihat. Operasi menyelamat sepantas kilat dilakukan dan tidak memerlukan penggunaan senjata,” kata ketua polis wilayah La Guajira, Kolonel Elber Velasco.
Sebagai sebahagian usaha menyelamat dengan pihak berkuasa Sepanyol, wang tebusan 500,000 euro (RM2 juta) dibayar di Madrid, kata ketua polis anti penculikan Colombia, Jeneral Humberto Guatibonza, kepada wartawan.
Tahan lelaki kutip wang Polis Sepanyol kemudian menahan dua lelaki yang mengutip wang itu, seorang warga tempatan dan seorang dari Syria.
Wang tebusan itu juga dirampas semula.
Pelancong bekrenaan dibebaskan selepas tengah malam dekat bandar Maicao dekat Laut Caribbean bersempadan dengan barat daya Venezuela.
Polis berkata, tiada tangkapan baru dibuat ketika operasi menyelamat dilakukan dan tidak memberi butir-butir lain kecuali pasangan itu ditemui sedang tidur.
Mangsa culik itu ditahan dalam kediaman beberapa penduduk etnik Wayuu Indian dekat sempadan dengan Venezuela. Mereka juga ada kalanya dirantai, kata Velasco.
Categories: Berita
0 ulasan:
Catat Ulasan