17 Jun 2013

Posted by jinson on 17.6.13 No comments


KUALA LUMPUR, 16 JUN 2013: Kalau dihitung, sudah lebih 12 tahun personaliti Bollywood yang amat berpengaruh ini menjadi wajah wakilan jenama jam tangan mewah Longines yang berasal dari Switzerland itu. Eksklusif untuk butik standalone pertamanya di Malaysia, Longines telah menerbangkan Aishwarya Rai Bachchan ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaannya pada Jumaat lepas. Walaupun berlangsung dalam waktu yang singkat, bekas Miss World 1994 itu tampil anggun dengan pakaian kebangsaan yang sememangnya menjadi trademarknya kala bertandang bagi majis formal sedemikian.Difahamkan Aishwarya Rai memang mahu dikenali sebagai seorang figura wanita India sejati melalui pemilihannya mengenakan sari pada setiap kemunculannya di khalayak ramai. Pada malam itu, bertempat di aras dua Pavilion, Kuala Lumpur, menantu kepada Amitabh Bachachan itu tampil dengan lenga sarat jemeki perak dengan dandanan minimalis menyerlahnya keanggunan sebenar aktres popular Bollywood itu. Antara petikan ucapannya ketika merasmikan butik tersebut adalah penghargaannya kepada Longines yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus menjadi duta jam tangan mewah tersebut selama hampir 12 tahun. "Saya merasakan Longines adalah sebahagian daripada keluarga saya. Ini semua kerana mereka terus menerus memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta mereka. Bukan mudah untuk sesebuah label mewah mengekalkan dutanya untuk jangkamasa yang lama, terima kasih atas penghargaan ini,"ucap Aishwarya Rai pada majlis tersebut. Pelakon Devdas ini telah tiba di ibu negara pada pagi Jumaat lalu ditemani anak perempuannya yang dilahirkan pada 2011. Melihat kepada penampilannya kini yang sudah kurus, nyata dia sudah pun berjaya mendapatkan semula bentuk badan asalnya. Sebelum ini, dia pernah berdepan dengan masalah untuk mendapatkan semula bentuk badan asalnya setelah melahirkan cahaya mata pertamanya itu aktot Abhishek Bachchan dan ianya telah menjadi perhatian peminatnya. Usai merasmikan butik pertama Longines itu, dia bergerak meninggalkan Pavilion ke Westin Hotel dimana dia menginap. Sebelum majlis tersebut dia telah diwawancara oleh beberapa saluran berita antaranya Astro Awani yang dikendalikan di hotel tersebut. Menurut sumber, kedatangan Aishwarya Rai ke Malaysia telah disambut dengan layanan istimewa dimana Longines telah menyediakan penginapan Presidential Suite, Westin Hotel yang harga semalam hampir mencecah RM 20,000. Selepas Kuala Lumpur, Aishwarya Rai dikatakan terbang ke London untuk bersama keluarga Bachchan yang kini berada di sana.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog