17 Jun 2013

Posted by jinson on 17.6.13 No comments
Jasin: Akibat bimbang kaki yang cedera sejak empat bulan lalu akan dipotong, seorang pekerja kilang dipercayai menggantung diri di dapur rumahnya di Taman Pelangi, Selandar, di sini, semalam. Mayat K Selvam, 39, ditemui tergantung oleh isterinya, D Annamary, 29, kira-kira jam 8 pagi. Alami kemurungan Lelaki itu yang cedera parah di kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan pada Februari lalu, mengalami kemurungan apabila hospital memaklumkan kakinya perlu dipotong kerana semakin membusuk. Dia yang turut cedera di tangan, dijadual menjalani pembedahan bagi memotong kakinya, semalam. Annamary berkata, beberapa hari lalu suaminya memberitahu dia takut kaki kanannya dipotong, selain mengadu sakit kaki. “Sehari sebelum kejadian, saudara dan rakan suami saya datang ke rumah untuk memberi sokongan dan ketika itu dia kelihatan tenang dan bersahaja ketika berborak tanpa menunjukkan reaksi takut. “Kos pembedahan di Hospital Pantai Ayer Keroh berjumlah RM18,000 termasuk RM8,000 sudah dikumpul hasil bantuan saudara mara. Hari ini (semalam) ada saudara bercadang memberi pinjaman RM10,000 lagi,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Hishamudin Hashim, mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog