GEORGE TOWN, (Bernama) -- Seorang pesakit barah hati yang baharu sehari dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) ditemui mati di atas laluan pejalan kaki bangunan hospital, di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mayat wanita berusia 55 tahun dari Kimsar Garden, Perai itu ditemui seorang jururawat pada pukul 5.15 pagi.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga hospital iaitu tingkat wad dia ditempatkan," katanya kepada pemberita, di sini. Gan berkata siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.


0 ulasan:
Catat Ulasan