PODGORICA : Pihak berkuasa Montenegro menyatakan sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala beberapa lagi mangsa cedera apabila sebuah bas terbabas dari sebuah jambatan dan jatuh ke dalam gaung kelmarin.
Pendakwa raya tempatan, Vojislav Grujic berkata, kemalangan ngeri itu berlaku di jambatan Grlo, sekitar 30 kilometer ke utara ibu negeri Montenegro, di dini. Setakat ini, kewarganegaraan para penumpang bas itu tidak didedahkan. Polis memberitahu, bas itu terjatuh dari jambatan yang merentasi Sungai Moraca ke dalam gaung pada ketinggian 40 meter. Kejadian berlaku semasa hujan ribut. Polis di sini menggunakan sebuah helikopter dalam operasi menyelamat mangsa.
0 ulasan:
Catat Ulasan