26 Jun 2013

Posted by jinson on 26.6.13 No comments
Bapa Waheeda Meninggal Dunia, Selamat Dikebumikan

KL, 25 JUN 2013: Takziah Murai batu ucapkan buat penyanyi Waheeda yang dahulunya hit dengan lagu Wassini apabila bapa tercintanya, Abdul Wahab Hj Yusuf telah dilaporkan meninggal dunia, kira-kira jam 4.20 petang semalam.
 Malaysian Digest.com melaporkan, Allahyarham Abdul Wahab telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor selepas menghidap kanser hati dan Hipetitis B sejak bertahun-tahun. Pemergian arwah juga diterima oleh Waheeda beserta ibu dan adik-beradiknya dengan hati yang penuh redha.
 Malah dia juga menganggapnya ianya sebagai ketentuan daripada Allah SWT. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara pagi tadi, kira-kira jam 9.
 Bagi pihak seluruh warga portal murai.com.my, Murai Batu ingin sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapa Waheeda. Mudahan-mudahan rohnya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog