.
23 Jun 2013
Posted by jinson on 23.6.13
No comments
Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Seremban (3 Foto) | Tugas sebagai seorang doktor adalah satu tugas yang sangat mencabar. Berdepan dengan situasi cemas, berdebar itu sudah menjadi satu asam garam dalam berkhidmat. Ada satu kes di Seremban, sebuah keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang doktor apabila menyebabkan cuping anaknya hilang akibat dipotong. Anaknya yang masih lagi berusia bawah tahun, kini hilang cuping dan kekal untuk selamanya. Persoalannya, mengapa doktor tersebut memotong cuping telinga gadis berkenaaan.
SEREMBAN – Seorang gadis terpaksa menanggung malu gara-gara tindakan seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta yang memotong sebahagian cuping bawah telinganya sehingga menyebabkan ia kelihatan seperti cacat.
Bapa kepada gadis itu, Phooi Can Wah, 49, berkata, dua tahun lepas, dia dan isteri membawa anaknya, Phooi Sin Yee, 18, ke sebuah hospital swasta di Seremban bagi mendapatkan rawatan terhadap telinga anaknya yang mengalami masalah keloid. (Keloid merupakan benjolan padat yang hanya terdapat pada kulit)
.Doktor cadang masukkan ‘button’
Katanya, pada awal perjumpaan dengan perunding pakar perubatan di hospital berkenaan, doktor mencadangkan agar anak gadisnya itu mendapatkan suntikan bagi mengurangkan benjolan yang terdapat pada bahagian telinganya tanpa perlu menjalani pembedahan.
Namun setelah dua kali mendapatkan suntikan, keadaannya masih lagi sama.
“Suntikan itu hanya mampu mengurangkan bengkak, bukan menghilangkannya. Disebabkan itu, pada 1 April lalu, saya membawa anak berjumpa dengan seorang lagi doktor pakar kulit yang dikenali sebagai Dr Chan, 46, bagi mendapatkan pandangannya.
“Setelah melihat keadaan telinga anak saya, doktor tersebut mencadangkan supaya bahagian yang terkena keloid ini, perlu dikeluarkan dan bekas lubang di cuping telinga itu akan dimasukkan sejenis bahan yang dikenali sebagai ‘button’ seperti silikon untuk menutupi lubang tersebut, yang kemudiannya akan disaluti kulit asal.
“Pada awalnya saya bersetuju dengan cadangan doktor berkenaan, dan menganggap bahawa rawatan itu mungkin dapat memulihkan keadaan telinga anak saya.
“Namun, perkara sebaliknya berlaku. Sebaik sahaja pembedahan tamat, doktor tersebut keluar dari bilik bedah dalam keadaan kelam-kabut sambil memberitahu telinga anak saya jadi makin teruk dan susah untuk dimasukkan ‘button’.
“Katanya, disebabkan itu dia terpaksa memotong bahagian bawah cuping telinga anak saya,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, di sini, semalam.
Keluarga tak tandatangan surat kebenaran
Can Wah berkata, dia panik sebaik sahaja mendengar cerita berkenaan dan mula buntu memikirkan masa depan anaknya.
“Saya tak faham bagaimana seorang doktor pakar boleh berbuat demikian tanpa merujuk kepada ahli keluarga terlebih dahulu, malah tiada siapa pun daripada kami yang menandatangani surat kebenaran untuk melakukan pembedahan memotong cuping telinga itu.
“Persetujuan awal adalah rawatan untuk membuang keloid dan memasukkan ‘button’, bukannya memotong sebahagian telinga anak saya,” katanya.
Turut hadir pada sidang media itu, anak gadisnya, Sin Yee dan peguam mereka, A K Das.
Menurut Can Wah, keadaan menjadi semakin serius apabila pihaknya menerima surat kebenaran untuk melakukan pembedahan yang telah ditandatangani oleh anaknya, sedangkan anaknya tidak pernah berbuat demikian, tambahan pula pada waktu itu Sin Yee masih lagi di bawah umur.
“Disebabkan kejadian itu, kami sekeluarga mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut kerana kesilapan yang dilakukan sehingga anak gadis kami yang kini bekerja sebagai pelatih di sebuah pusat kecantikan menjadi trauma,” katanya.
Hospital akui terima aduan
Dalam pada itu, Sin Yee yang ditemui berkata, dia berasa sangat malu dan kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, lebih-lebih lagi dia kini bekerja berada dalam bidang kecantikan.
“Apa jua keadaan, saya tetap mahu mendapatkan bentuk asal telinga untuk memulihkan semula semangat yang hilang kerana insiden itu,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Hospital Columbia Asia, Lee Hui Chuen berkata, pihaknya mengakui ada menerima aduan daripada Can Wah pada 22 April lalu, berhubung perkara itu.
Menurutnya, pihaknya juga sudah mendapatkan penjelasan daripada doktor yang bekerja secara kontrak di hospital berkenaan.
“Pihak hospital masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini dan jika perlu, kita akan bawa ke pihak tertinggi termasuk kementerian,” katanya
.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Jun
(242)
-
▼
Jun 23
(18)
- JEREBU : TERKINI SEMUA SEKOLAH DI KUALA LUMPUR DAN...
- Terkini!!! Gambar Suasana di PadangMerbok 622 !!
- Sembilan Pelancong asing ditembak di Pakistan
- APE SEBENARNYA YANG TERSOROK?
- Kepala Isteri Disimpan Dalam Peti Sejuk
- Tengkoraknya Dipotong Dan Disimpan Dalam Perut
- Percaya tak! Lebih 10 Tahun, Garfu Berada Didalam ...
- Ngeri! Keadaan Banjir Kilat Di India (10 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Serem...
- AKSI MANJA HAIWAN KESAYANGAN.
- Video ! Terapi Menghadapi Kematian Yang Popular di...
- Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose
- [Gambar] Nora Danish Basuh Kereta Dengan Anak
- GAMBAR PEKERJA BURGER KING PIJAK SALAD
- PELATIH PLKN LAHIR BAYI DALAM TANDAS.
- Kemalangan di Jordan: Seorang pelajar Malaysia mau...
- Kualiti udara Muar sangat berbahaya, catat IPU 453
-
▼
Jun 23
(18)
-
▼
Jun
(242)
0 ulasan:
Catat Ulasan