23 Jun 2013

Posted by jinson on 23.6.13 No comments


PUTRAJAYA: Seorang pelajar Malaysia di Jordan maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya semalam. Nahas berlaku kira-kira jam 5 petang waktu di Jordan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki oleh lima pelajar tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320km dari Amman, Jordan. Pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Sumaiyah Romli meninggal dunia manakala Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Nur Ili Dayana Mazlan, Mohamad Shukri Alias dan Humairak Ibrahim dilaporkan cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra. Pegawai dari Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa terlibat dan dalam proses menguruskan jenazah.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog