23 Jun 2013

Posted by jinson on 23.6.13 No comments
Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang | Kes buang bayi bukanlah satu perkara baru. Ia bukan sahaja terjadi di negara kita, malah berlaku juga di luar negara. Kes pembuangan bayi banyak berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya kelahiran anak luar nikah, kesempitan hidup dan sebagainya. Baru-baru ini terdapat satu kes di mana seekor anjing bertindak telah menyelamatkan seorang bayi perempuan. Bayi itu dipercayai telah dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.


BANGKOK – Seekor anjing menyelamatkan seorang bayi daripada mati yang dibuang di tapak pembuangan sampah. Anjing itu dinobatkan sebagai wira kerana menyelamatkan bayi perempuan yang diletakkan dalam beg plastik. Anjing itu telah membawa bungkusan beg plastik pulang ke rumahnya dan diserahkan kepada pemiliknya, Gumnerd Thongmak dan menyalak kuat untuk menarik perhatian.


Anak saudara Gumnerd, Sudarat, 12, kemudian membuka beg plastik itu dan mendapati di dalamnya ialah seorang bayi perempuan. Pemilik anjing tersebut kemudiannya terus menghantar bayi tersebut ke hospital. Menurut Gumnerd, anjingnya tidak pernah membawa sebarang bungkusan pulang ke rumah sebelum ini tetapi hanya akan menyalak dengan garang jika bertemu dengan orang luar. Menurut doktor, bayi malang itu dilahirkan pra matang kerana beratnya hanya empat paun tetapi berada dalam keadaan sihat. Pihak berkuasa masih lagi berusaha menjejaki ibu bapa bayi berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog