3 November 2013

Posted by jinson on 3.11.13 No comments
konsert af2013 tiada penyingkiran amira terselamatTiada penyingkiran pada konsert Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung malam tadi meskipun nama Amira pada mulanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir. Itulah drama yang berlaku dalam konsert minggu kelapan AF2013 yang menyaksikan kesemua enam bintang yang tinggal dapat meneruskan perjuangan ke konsert separuh akhir minggu hadapan. Nama Amira pada mulanya diumumkan oleh Inspirer AF2013, Dato` Siti Nurhaliza sebagai bintang yang tersingkir namun ketika Amira mengusung beg untuk keluar dari akademi, hos AF2013 Zizan Razak mengumumkan yang pihak akademi akan mengekalkan Amira sehingga minggu hadapan, justeru tiada penyingkiran pada minggu ini. Amira pada malam tadi telah menyampaikan lagu Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura sebelum bersaing dengan Aisyah dalam lagu Elegi Sepi nyanyian asal Azharina sewaktu pusingan kedua. Konsert kelapan AF2013 berlangsung dengan meriah pada malam tadi dengan setiap bintang harus membuat dua persembahan. Persembahan pertama adalah secara individu sepertimana tugasan sebelum ini manakala persembahan kedua adalah dalam bentuk Battle di mana mereka dipasangkan secara berdua untuk membuat persembahan. Selain Amira dan Aisyah yang berpasangan, Nabila telah dipasangkan dengan Indah untuk mempersembahkan lagu Sangkar Cinta dari Ziana Zain. Pasangan duo Azhael pula digandingkan dengan Faizul untuk lagu Nakal dari kumpulan Gigi. Sementara itu, ketiadaan pengkritik tetap Sharifah Amani telah diceriakan dengan kehadiran Fauziah Ahmad Daud pada minggu ini selain pengkritik tetap sedia ada, Edry Abd Halim dan Roslan Aziz. Kesemua enam bintang yang tinggal akan terus bersaing dalam konsert separuh akhir minggu hadapan yang akan berlangsung dari Planet Gempak di Bukit Jalil. Konsert kelapan AF2013 telah berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135). Anda juga boleh mengikuti perkembangan AF2013 serta barisan bintang-bintangnya menerusi AF Buzz yang akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam, Diari AF bermula Selasa hingga Khamis, jam 9 malam serta Terus Gempak... Inilah AF2013 (TGI AF2013) pada hari Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan dalam bentuk HD di Maya HD (saluran 135).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog