3 November 2013

Posted by jinson on 3.11.13 No comments
File pic The Star
CHUKAI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari cara menggunakan senjata api menerusi program ‘Ride to Shoot’. Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, selain aktiviti berbasikal bersama anggota dan pegawai polis, peserta berpeluang melakukan aktiviti menembak bersama.
Katanya, menerusi ‘Ride to Shoot’ orang awam juga dapat berkongsi ilmu bersama anggota polis yang telah terlatih menggunakan senjata api. “IPD Kemaman berusaha mengadakan program yang lain dari lain dalam usaha kita merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat pelbagai lapisan. “Program ini juga platform kepada IPD Kemaman untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan jenayah selain menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa,” katanya pada program ‘Ride to Shoot’ yang pelepasannya diadakan di Padang Astaka, dekat sini.
Seramai 150 peserta menyertai acara itu yang terdiri daripada ketua pelbagai jabatan kerajaan, ahli kelab berbasikal seluruh Kemaman, pegawai serta anggota IPD Kemaman dan penunggang basikal daripada Unit PGA, IPD Kuantan. Kesemua penunggang berkayuh sejauh 30 kilometer melalui Kampung Gong Limau ke Kampung Mak Chili, Ibok, Payoh dan berakhir di Lapang Sasar, Kampung Bukit Teruna, Kemaman. Ketika tiba di lapang sasar berkenaan, penunggang juga diberi peluang untuk menyertai acara menembak dengan menggunakan dua jenis senjata api iaitu M-16 dan pistol.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog