Sungguhpun sudah banyak kali datang ke Malaysia, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kumpulan K-Pop terkenal, Super Junior untuk turun ke ibu kota bagi menghiburkan peminat setia mereka di sini. Apa yang pasti, Super Junior bakal menggegarkan Stadium Putra, Putra Bukit Jalil sempena Konsert Super Show 5 yang dijadualkan pada 23 November 2013 mulai jam 5 petang.
Difahamkan, konsert yang terbesar ini bakal menampilkan sisi lain Super Junior yang mana mereka akan mengadakan persembahan menggunakan teknologi 3D (3 Dimensi). Tiket bagi Konsert yang dibawakan khas oleh Air Mineral Spritzer sudah pun mula dijual secara online dengan harga seperti RM658, RM558, RM438, RM388 dan RM238 yang tidak termasuk jumlah caj perkhidmatan sebanyak RM3. .
Anda juga boleh mendapatkan tiket konsert secara percuma dengan menyertai pertandingan Cornetto Super Jari Menari yang dijalankan di lama facebook Acer Malaysia. Pertandingan ini mula dijalankan pada 8 Oktober dan berakhir pada 21 Oktober 2013.
0 ulasan:
Catat Ulasan