6 Oktober 2013

Posted by jinson on 6.10.13 No comments

Stadium Negeri di Kuching kecoh dengan kehadiran lebih 1,000 penyokong pasukan bola Sarawak yang hampir merusuh selepas kepenatan menunggu sejak pagi tetapi tiket bagi perlawanan pasukan mereka menentang Sime Darby, esok diumumkan telah habis dijual.
 Sebaik FAS memaklumkan bahawa tiket sudah habis dijual, penyokong pasukan Sarawak yang menunggu sejak pagi berang dan bertindak merempuh pagar stadium kira-kira jam 2 petang tadi bagi mendapatkan penjelasan. Kumpulan penyokong terbabit datang ke stadium seawal 8 pagi untuk mendapatkan tiket berkenaan yang difahamkan akan mula dijual kira-kira jam 2 petang ini.
 Penyokong berkumpul di depan pintu masuk stadium menunggu kehadiran pengurusan FAS dan berlaku sedikit kekecohan apabila segelintir penyokong membaling botol minuman. Sehingga sekarang, penyokong terlibat masih menunggu kehadiran pegawai FAS. Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan tiket perlawanan esok, telah habis dijual.
 Presiden FAS Datuk Sudarsono Osman menasihatkan supaya penyokong Sarawak menyaksikan perlawanan siaran langsung di televisyen dari rumah masing-masing.







0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog