"Setahu saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadeem seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kasihan dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri atau Nadeem, membelikan sebuah rumah yang bernilai RM7.2juta untuknya. Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.
Aktres itu mengaku Nadeem adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta. "Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadeem, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.
Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya. "Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.
0 ulasan:
Catat Ulasan