7 Oktober 2013

Posted by jinson on 7.10.13 No comments
Sekadar gambar hiasan/ Pic: munewshub.com
PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana membunuh dengan niat rakan pelatih di kem sama pada 22 September lalu.
 Tertuduh berusia 17 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan niat mengakibatkan kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di kem berkenaan. Selain tertuduh pertama, lima lagi pelatih kem berkenaan turut dituduh di mahkamah sama di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bersama-sama dengan niat menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap Muhammad Suhaimi pada 22 September lalu.
 Kelima-lima pelatih itu dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog