13 September 2013

Posted by jinson on 13.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Hari ini masuk hari kedua tayangan filem Vikingdom: The Blood Eclipse di seluruh negara. Lebih mengembirakan kerana filem bertaraf antarabangsa terbitan KRU Studios ini telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.

.
"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem itu di Sunway Pyramid, kelmarin.
 Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Ia juga bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon-pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe. Vikingdom merupakan sebuah filem aksi fantasi berdasarkan mitos dan sejarah rang-orang Viking yang dikenali sebagai Norsemen. Filem ini menggunakan CGI dan penggambarannya dijalankan 100% di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog