Selepas beberapa bulan membiarkan nama anak mereka menjadi teka-teki ramai, pelakon Diana Pelakon Diana Danialle, 22, mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad Farid Kamil.
Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata, pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu. "Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja.
Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu," katanya seperti yang dilaporan mStar online. Dalam laporan sama menyebut, Diana mengulas tentang hubungan dia dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin.
"Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih," katanya. Perkembangan lain, Diana yang masih lagi berpantang itu mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon.
Mengenai pengajiannya, Diana yang sedang menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia, berkata, dia bakal menjalani latihan praktikal di Malaysia selepas selesai proses berpantang.
0 ulasan:
Catat Ulasan