Sebelum terkenal dek penglibatannya dengan pel bagai program berhaluan kiri, Mislina Mustaffa telah berjaya menarik perhatian masyarakat dengan lakonannya yang berkarektor dan penuh penghayatan itu. Pelakon yang berlulusan sarjana dalam bidang filem dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini mula menggemparkan dunia hiburan apabila satu demi satu kontroversi yang melibatkannya daripada isu berkaitan lakonan, politik, agama dan yang akhirnya dia telah nekad untuk memilih cara hidup yang berbeza iaitu sebagai gelandangan. Hasilnya, dia telah mewujudkan projek yang diberi nama Homeless by Choice yang mana ianya telah tercetus daripada pelbagai persoalan yang datang mengetuk ruang minda Mislina hinggakan dia cuba untuk mencari jawapan untuk segala persoalan tersebut. Perkara ini telah membuatnya mencari alternatif baru dalam kehidupan hingga memutuskan untuk hidup bergelandangan dan meninggalkan dunia hiburan glamor yang dirasakan crapped (mengarut). "Siapa kata saya give up (berhenti) daripada berlakon. Saya tidak berhenti, sebaliknya saya hanya akan berlakon dengan produksi rakan-rakan yang rapat sahaja. Karya dan hasil kerja saya hanya untuk mereka yang mempunyai penghayatan dalam bekerja. "Selama 20 tahun saya dalam dunia lakonan di negara ini, apakah visi yang mereka ada untuk pelakon seperti saya? Industri ini sendiri banyak membuang masa saya dan titik peluh saya selama ini tidak memberikan faedah untuk saya nikmati di masa akan datang. "Lebih bagus saya curahkan tenaga dan titik peluh saya untuk idea dan karya teman kerana mereka akan jemput saya kerana mereka kenal siapa saya. Daripada itu saya tahu saya dihargai dan gabungan ini menghasilkan sebuah masterpiece yang bernilai dari segi mutu karyanya. Ini tidak akan berlaku dalam majoriti filem mainstream. "Keadaan sekarang tidak memerlukan saya untuk mempunyai wang yang banyak. Sebab itu soal bayaran tidak menjadi masalah tetapi saya memilih produksi untuk kepuasan diri bila berkarya atau bekerja. Sekarang saya juga sibuk dengan kolaborasi bersama para international artist bagi beberapa projek seni dan ia lebih 'jiwa' daripada berlakon di dalam filem atau drama,"jawapan yang diberikan Mislina ketika ditanyakan mengenai karier seninya yang dilihat seperti telah ditinggalkan aktivis sosial ini. Hidup secara gelandangan yang dipilih Mislina tidak mendatangkan sebarang masalah kerana dia sendiri selesa dan telah hampir dua tahun menjalaninya. Dalam masa yang sama dia cuba memperjuangkan hak kebersamaan sesama manusia walaupun berbeza dari segi jantina mahupun status. Walaupun sering dicemuh masyarakat, Mislina tidak pernah memperdulikannya kerana keluarganya sentiasa menyokongnya. Semua ini dipersembahkan wanita berusia 42 tahun ini ketika terlibat dalam sebuah pameran seni Never Ending Struggle di RA Fine Arts Gallery, Solaris Dutamas baru-baru ini. "Sepanjang memilih cara hidup yang lebih sederhana seperti sekarang, rakan-rakan yang mengenali saya serta ahli keluarga tidak pernah membuang saya atau mencemuh. Ini kerana mereka yang di luar sana tidak kenal saya dan perlukah saya ambil kira apa mereka nak cakap? "Homeless by Choice ini adalah sebuah projek yang mendapat sokongan daripada peserta seluruh dunia yang mengikuti perkembangan projek ini. Ia bukanlah perkara baru cuma orang kita lebih gemar melihat dari sudut negatif dan ia akan merosakkan generasi akan datang dengan pemikiran yang tidak terbuka. "Sesungguhnya saya hidup di atas dunia ini bukannya untuk setiap masa memikirkan tentang tanggapan serta menjaga sensitiviti orang lain. Untuk apa saya pleased (hiraukan) orang kerana ini kehidupan saya, saya yang tentukan,"ucap Mislina ketika ditemui di pameran seni Never Ending Struggle yang turut melibatkan dua pengkarya lain. Berbicara tentang soal kehidupan dan cabaran dalam kehidupan yang tidak pernah berakhir, Mislina Mustafa tampil dengan persembahan 'lecture' yang memperlihatkan dia menulis semula potongan isi kandungan dari buku yang ditulisnya, Homeless by Choice di dinding putih. Homeless by Choice adalah catatan yang dibukukan mengenai perjalanan hidup Mislina semenjak hari pertama dia membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan sedia ada iaitu kehidupan seorang wanita yang akan terus menjadi sasaran kesalahan. Menyifatkan tindakannya ini sebagai 'thinking outside the box' dan ia telah menarik ramai wanita dari seluruh dunia menyokong Mislina. Buku ini telah pun dilancarkan baru-baru ini oleh aktivis sosial terkenal negara, Marina Mahathir di lokasi sama pameran berlangsung.
23 September 2013
Posted by jinson on 23.9.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
September
(484)
-
▼
Sep 23
(18)
- Ngeri ! Lengan Wanita Ini Hampir Putus Digigit Ika...
- 3 cara tahu awek anda gila
- 3 tip lupakan bekas teman wanita
- Wanita Mengaku Bakar Teman Lelaki Hidup-Hidup
- Award-winning Colombian writer Alvaro Mutis dies
- Isu Chin Peng: K'jaan Thailand hormati keputusan M...
- Anggota polis maut dalam pergelutan dengan suspek
- Arja Lee Tak Mahu Usik Hubungan Indah Dan Tunangnya
- Tuah Watak Flamboyant Buat Aktor Michael Douglas
- Mislina Mustaffa Tidak Peduli Cemuhan, Masih Gelan...
- McDonalds, KFC And Pizza Hut Say No To Request To ...
- Typoon Usagi Hits Southern China, Killing At LEAST...
- Pakistan Church Blast Kills Dozens.
- Nairobi Westage Attack ; 'Most Hostage Now Rescued'.
- Gunfire Erupt At Kenyan Mall, 59 Dead.
- Suspected Killer Of Ambank Founder Nabbed In Taiping.
- Rozita Che Wan Tak Malu- Isu Baju Dalam Merah.
- WOW!!! Kekasih Hadiahkan Haliza Misbun Kondominium...
-
▼
Sep 23
(18)
-
▼
September
(484)
0 ulasan:
Catat Ulasan