Sejurus selepas program diari #AF2013 menyiarkan video Arja Lee memberikan hadiah buat bintang #AF2013, Indah Ruhaila, ramai menyangka pelakon utama filem ...Dalam Botol ini sudah pun tertawan dengan penyanyi asal lagu Dengarlah Kekasih itu.
Menafikan tanggapan berkenaan, Arja Lee menjelaskan terbit salah faham dari visual yang telah disiarkan dalam program berkenaan. "Sebenarnya, saya bukan memberikan hadiah tersebut kepada Indah seorang saja. Kesemua pelajar lelaki yang lain turut menerima hadiah itu. Untuk pelajar perempuan, saya hanya bagi kepada Indah seorang saja.
Tetapi, peserta wanita prelude #AF2013 juga dapat hadiah yang sama dari saya. "Kebetulan hadiah itu tinggal satu saja, saya pun bagilah kepada Indah. Saya berikan hadiah itu kepada indah kerana saya lebih rapat dengan dia berbanding pelajar perempuan yang lain," katanya kepada Debot.
Meneruskan penjelasan, sewaktu memberikan hadiah tersebut, kebetulan pihak produksi ternampak dan merakamkannya. "Saya bukan sengaja nak bagi depan pelajar lain. Kebetulan, semasa saya nak berikan hadiah itu, pihak produksi ternampak. Saya harap janganlah anda salah faham dengan visual berkenaan. Saya hanya berkawan saja dengan dia.
"Lagi pun, Indah sudah bertunang. Saya tidak mahu rosakkan hubungan dia dengan tunangnya," jelasnya. Memberitahu isi hadiah tersebut, Arja memberitahu ia hanyalah sekadar cenderahati biasa saja. "Jangan salah anggap ye. Hadiah yang saya bagi tu hanyalah T-Shirt saya saja. Bukanlah sesuatu yang istimewa sangat. Saya jadi rapat dengan Indah kerana kebanyakkan kawan dia adalah kawan saya juga. Oleh itu, kami sekepala dan banyak berkongsi cerita yang sama, " ujarnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan