21 Julai 2013

Posted by jinson on 21.7.13 No comments


Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 35,dilihat semakin berseri-seri dan gembira berdasarkan pada 5 keping gambar terbaru beliau bersama suaminya,Muhammad Noor Farhan,24.Mungkin seri wajah pengantin baru. Meskipun enggan mendedahkan lebih lanjut tentang pernikahannya yang dikatakan berlangsung di Thailand, sekurang-kurangnya Abby sudah memberikan tarikh majlis kenduri kahwinnya kelak. Jika tiada aral, pasangan yang diijabkabul pada 9 Julai lalu ini akan mengadakan majlis resepsi mereka pada 31 Ogos akan datang. Mengulas detik awal perkenalan dengan suaminya yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, Abby menyatakan mereka mula berkenalan di sebuah pasar raya.Daripada bertukar pandangan, mereka tertarik pada satu sama lain lalu berhubung beberapa kali selepas itu. Abby dipetik bercerita kepada sebuah akhbar tempatan: “Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram. Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya’.” Bagaimanapun akur bahawa jodohnya dan Farhan sudah tertulis di Loh Mahfuz, Abby akhirnya menerima lamaran pemuda berkenaan semata-mata kerana Allah. Mungkin, itu solusi terbaik bagi pasangan ini bagi mengelak fitnah dan perkara tidak elok sementelah Farhan difahamkan banyak membantu Abby di butik muslimah miliknya yang terletak di Taman Melawati, Syuhada Kasih Abadi. Dalam pada itu, Abby dilihat agak sibuk kerana turut turun padang membantu jentera pilihanraya PAS menjelang PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai ini. Antaranya semalam, Abby melelong beberapa pakaian miliknya di Karnival ‘Jom Bersama Che Long’ di Kampung Baharu. Semua pakaian yang dilelongnya habis dibeli malah sepasang kurung hijau bersulam telah dibida bekas Exco Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Alani Abd Kadir pada harga RM1,010. Difahamkan, hasil jualan itu akan disumbangkan kepada dana jentera pilihan raya PAS.










Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog