21 Julai 2013

Posted by jinson on 21.7.13 No comments
Gambar Perkahwinan Kedua Ashraf Muslim Dan Sakinah Tersebar | Sejak berita perkahwinan kedua Ashraf Muslim diketahui umum, ramai media memburu segala berita tentang beliau. Terkini gambar perkahwinan keduanya dengan Sakinah mulai tersebar di media dan web.
  Gambar Perkahwinan Kedua Ashraf Muslim Dan Sakinah Tersebar
Dalam pada itu, Ashraf Muslim mengulas mengenai puisi yang menurutnya mengambil kesempatan keatas kisah dirinya.
 “Ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada wartawan.
 Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana telah tampil memberikan penjelasan, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.
 Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.
 Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.
 Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.
 Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29
. Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat. Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.
 Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik. Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.
 Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawaDayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog