.
Terbaru, mengenai gambar Nabila Huda yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram dan video dalam selimut di laman Keeknya mengundang lagi kritikan peminat terhadap beliau. Kepala gila-gila, mungkin sama seperti Sharifah Sakinah, Nabila juga dilihat semakin kerap menghasilkan sesuatu yang tidak langsung memberi manafaat kepada peminat bahkan menimbulkan perbalahan antara peminat mereka sendiri. Sebagai artis yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian, seharusnya mereka belajar dari pengalaman orang lama didalam bidang seni dengan mengangkat kerjaya seni itu sebagai satu keutamaan bukannya kegiatan sosial mereka diluar.
Berbalik kepada Amy Search, selaku bapa, beliau juga tidak bersetuju dengan gaya hidup anaknya itu tetapi beliau tetap memuji sifat keibuan yang ada pada diri Nabila kerana mengutamakan anak tunggalnya, Keisha Laila meskipun beliau sibuk. “Nabila seorang ibu yang baik dan sentiasa meluangkan masa dengan anaknya itu. Tetapi gaya hidupnya itu memang saya tidak setuju namun saya yakin ia akan bersifat sementara sahaja. Saya yakin dia akan berubah,” katanya.
Categories: PANAS
0 ulasan:
Catat Ulasan