Sebenarnya, perkara ini saya tak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarganya. Saya tak mahu namakan hubungan ini sebagai bercinta, cukuplah sekadar semua tahu yang kami sedang seronok berkawan dan bersahabat. "Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini. Buat masa ini biarlah saya kukuhkan keadaan diri saya dahulu. Insya-Allah jika sudah sampai jodoh saya, saya akan bertunang dan berkahwin," jelas Johan yang masih mahu merahsiakan identiti gadis yang telah menambat hatinya itu. Johan As,ari turut menjelaskan dia suka berkawan dengan "si dia" kerana sikapnya yang suka mengingatkan Johan mengenai solat. "Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dirinya adalah kerana dia suka dan senang dengan personaliti saya, begitu juga sebaliknya. Lebih memikat hati saya ialah, apabila dia suka mengingatkan saya tentang waktu solat. "Apabila sudah terbiasa, lama kelamaan kami sering ingat mengingati antara satu sama lain. Kami suka berkawan antara satu sama lain dan selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa," ulas Johan yang seterusnya menafikan dakwaan yang dia sedang memadu kasih bersama Emma Maembong. "Saya dan Emma hanya sekadar teman rapat kerana kami berada di bawah syarikat pengurusan yang sama," ujar Johan. Menerusi perkembangan terbaru, Johan kini sedang giat menjalani penggambaran bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance yang bertajuk 'Tujuh'. Membawakan watak sebagai Sam, Johan menyatakan yang dia perlu menghidupkan watak sebagai seorang pemimpin pelajar pada tahun 1977.
Categories: Corito Artis
0 ulasan:
Catat Ulasan