16 Jun 2013

Posted by jinson on 16.6.13 No comments


KL, 13 JUN 2013: Sebelum ini, Murai Batu rasa semua pun sudah sedia maklum yang pelakon Fasha Sandha mahu mengikut cara berpantang sebenar selama 100 hari selepas melahirkan bayi pertamanya iaitu Putra Rayfal Ramli pada 15 April lalu. Tup-tup Murai Batu dapat tahu, Fasha Sandha yang kini sudah pun hampir 2 bulan melahirkan bayinya itu sekarang sudah pun beberapa hari memulakan penggambaran untuk sebuah produksi bersama pelakon Rusdi Ramli dan Aaron Aziz. Malah, Fasha Sandha sendiri ada berkongsi gambarnya di laman Instargram sewaktu melakonkan beberapa babak bersama-sama dengan 2 aktor tersebut di lokasi penggambaran. Feeling sangat bila Murai Batu melihat babak Fasha dan Aaron, mereka nampak macam serasi sangat. Kalau dah macam itu, ertinya Fasha Sandha telah pun ta membatalkan hasratnya untuk berpantang 100 hari demi untuk kembalikan bentuk badannya seperti anak dara seperti mana sebelum berkahwin dulu. Tak mengapa lah, Murai Batu rasa mungkin Fasha Sandha sudah membatalkan hasrat tersebut kerana terlalu rindu berehat serta meninggalkan dunia lakonan seketika demi kerana kehamilannya. Apa-apa pun, Murai Batu suka sangat melihat gelagat putera Fasha yang comel itu. Lebih seronok lagi apabila dapat melihat kemesraan anak Nora Danish bersama anaknya yang dikongsi di dalam Instagram.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog