16 Jun 2013

Posted by jinson on 16.6.13 No comments
Aiman Hakim dan Nur Fathia memang sama cantik dan sama padan. Kalau bercinta, memang couple yang sedap mata memandang. Namun sehingga ke hari ini, hubungan mereka sekadar desas-desus dan masih tiada pengakuan daripada mana-mana pihak. Sama ada bercinta atau sekadar berkawan, masih tidak dapat dipastikan.Berkata kepada MalaysianDigest, Aiman Hakim enggan mengulas perkara ini kerana banyak pihak yang perlu dijaga hatinya. Kata Aiman:- Ia macam nilah, saya sebagai artis dan apabila timbul cerita begini, hal ni sebenarnya melibatkan orang lain juga. Melibatkan ibu bapa dia (Fathia), ibu bapa saya dan banyak pihak lain lagi. Saya tak mahu komen sebab perkara ni penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Saya baru berusia 24 tahun, dan pihak-pihak itu pula jauh lebih dewasa daripada saya. Jadi kalau saya bagi satu kenyataan atau komen, nanti merea akan terasa dan beranggapan lain. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog