30 November 2013

Posted by jinson on 30.11.13 No comments
Pic: Harian Metro
KUALA LUMPUR: Media Britain, The Independent semalam melaporkan bahawa pemimpin kumpulan Maoist, Aravindan Balakrishnan atau lebih dikenali sebagai ‘Komrad Bala’ yang didakwa telah menjadikan ketiga-tiga wanita sebagai hamba selama 30 tahun telah dikatakan mengaku dirinya sebagai ‘Nabi Isa’.
Sementara itu, akhbar Britain, The Telegraph dan Daily Mail melaporkan salah seorang dari wanita yang dijadikan mangsa perhambaan itu, Josephine Herivel, 57, dari Ireland merupakan anak kepada seorang pakar Matematik negara tersebut, John Herivel yang turut bertanggungjawab menjadi instrumen kepada Tentera Berikat dalam memecahkan beberapa kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.
 Sebagai ‘Nabi Isa’, beliau telah menggesa pengikutnya dalam kumpulan itu supaya menyerahkan segala ribuan wang Pound Sterling dengan alasan untuk digunakan sebagai tujuan ‘perjuangan’ kumpulan tersebut. Dalam pada itu, harapan Kamarmahtum Abdul Wahab, untuk bertemu dengan adiknya, Siti Aishah yang menjadi mangsa kepada aktiviti perhambaan selama 30 tahun di London akhirnya tercapai.
Ini apabila beliau dibawa ke sebuah lokasi yang didedahkan oleh pihak polis Britain, Scotland Yard dan untuk kali pertamanya dalam beberapa dekad, mereka berjaya ditemukan. Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong kepada kepada Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee Zainal Abidin yang turut sama dalam misi menjejak Siti Aishah Abdul Wahab di kota London.
Zan Azlee juga merupakan anak saudara kepada Siti Aishah Abdul Wahab. Dalam catatan terkini blog, ‘tukartiub.blogspot.com' milik aktivis politik, Hishamuddin Rais yang turut mengikuti perjalanan menjejak Siti Aishah pula memberitahu bahawa “Pegawai polis, Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya, Siti Aishah”.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhirnya Kamarmahtum Jumpa Siti Aishah

LONDON: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti Aishah di suatu lokasi rahsia. Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.
Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia. Dalam pada itu, Zakaria turut memberi jaminan kepada Siti Aishah bahawa pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada wanita terbabit yang menjadi hamba di London selama 30 tahun.
Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain kerana telah memberi kerjasama dan bantuan dalam mengaturkan pertemuan kedua-dua saudara yang terpisah selama 30 tahun itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog