14 Oktober 2013

Posted by jinson on 14.10.13 No comments
.
"Hendak panggil 'Datuk', 'abang', 'Rosyam' atau pun 'sayang' saya tetap akan sahut panggilan daripada mereka kerana gelaran tersebut bukan untuk saya bermegah-megah," seloroh Rosyam Nor kepada pihak media sekaligus turut menyatakan dia tidak mahu gelaran 'Datuk' yang diterimanya baru-baru ini meletakkan jurang sedangkan prinsip hidupnya tetap sama.
Pada Ahad (semalam), penerbit filem dan pelakon ini menerima gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Rosyam antara 79 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk termasuk penyanyi Ramli Sarip yang menerima DPSM Kehormat membawa gelaran yang sama.Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran berlangsung di Dewan Seri Negeri Melaka.
Dalam pada itu beliau juga menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya sebagai satu penghormatan kepada anak seni terutamanya dalam bidang perfileman. Penganugerahan itu adalah bukti bahawa kerajaan mula memandang serius terhadap usaha yang dilakukan oleh anak seni sepertinya dalam membangunkan industri seni tanah air. "Saya sangat merendah diri dan bersyukur apabila diberitahu saya antara penerima pingat berkenaan dan ia satu penghormatan buat saya sebagai pelakon dan penerbit. 
"Ia bukti semua usaha membangunkan industri hiburan negara selama ini mula dipandang serius oleh pihak kerajaan dan penganugerahan ini akan memangkinkan lagi semangat saya selepas ini," katanya. Tambahnya, anugerah itu diharap dapat dijadikan inspirasi kepada individu lain untuk terus memperjuangkan industri dengan lebih bersungguh-sungguh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog