30 September 2013

Posted by jinson on 30.9.13 No comments
Minggu Ketiga #AF2013 Noktah Terakhir Buat Iman
Sunguhpun cuba memberikan kelainan menerusi lagu Noktah Cinta dendangan asal Hafiz Suip, Iman akhirnya akur dengan keputusan undian apabila namanya diumumkan sebagai bintang #AF2013 yang ketiga tersingkir pada konsert ketiga yang diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya, sebentar tadi.
 Penyingkiran Iman itu menjadikan dia adalah pelajar lelaki ketiga tersingkir untuk tiga minggu berturut-turut selepas ia didahului oleh penyikiran Sani pada minggu pertama diikuti Darren pada minggu lalu. Pengumuman penyingkiran Iman diumumkan oleh Inspirer AF2013, Faizal Tahir selepas Faizal memanggil Aisyah dan Faizul ke depan pentas.
 Konsert AF2013 pada malam ini turut menyaksikan penampilan istimewa Detektif Stailista, Ayie Ali selepas salah seorang ahli Azhael iaitu Hael mengajuk segmen Stailista dalam program Propaganza dengan nama baru iaitu Stailista Ke Idok? Tiga pengkritik tetap minggu ini seperti biasa ialah Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.
 Dengan penyingkiran Iman itu, kini tinggal 9 bintang bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini. Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI (3/5/10/20) untuk (3/5/10/20 undian) ke 32777.
 Anda juga boleh mengikuti perkembangan AF2013 serta barisan bintang-bintangnya menerusi AF Buzz yang akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam, Diari AF bermula Selasa hingga Khamis, jam 9 malam serta Terus Gempak... Inilah AF2013 (TGI AF2013) pada hari Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan dalam bentuk HD di Maya HD (saluran 135)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog