"Dalam kejadian yang berlaku pada hari jumaat pada pukul 8.27 minit malam itu, tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak maut.
"Kami telah menemui mayat orang dewasa, tetapi masih mencari mayat kanak-kanak (yang terbunuh). Usaha mencari berdepan kesukaran kerana kawasan itu masih sangat panas, kata Ketua Pusat Vulkanologi & Mitigasi Bencana Geologi, Badan Geologi (PVMBG), Surono.
Gunung Berapi Rokatenda berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober lalu, selepas pihak berkuasa melarang orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3 kilometer dari kawah. Pulau itu didiami oleh kira-kira 7,000 orang penduduk.
0 ulasan:
Catat Ulasan