Petaling Jaya: Tiga peserta wanita larian Feel Good Run 2013 anjuran stesen televisyen ntv7, cedera selepas dilanggar lari sebuah kereta ketika acara berlangsung di Bandar Utama, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, tiga peserta wanita berusia lingkungan 20-an itu dilanggar sebuah kereta jenis PROTON Iswara berwarna merah di kawasan perumahan. Seorang peserta larian itu, Ain Azwan, 28, berkata kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mendengar jeritan tiga mangsa yang ketika itu sudah terlantar kesakitan di atas jalan raya. Katanya, larian itu bermula sekitar jam 7.30 pagi dan peserta perlu melalui kawasan perumahan, apabila sebuah kereta PROTON Iswara tiba-tiba datang serta membuat pusingan U sebelum merempuh tiga peserta yang berada di situ. “Lebih malang, pemandu kereta itu tidak memberhentikan kereta, sebaliknya memecut meninggalkan kawasan kejadian. Beberapa peserta cuba menghalang kereta itu, tetapi pemandunya terus memecut,” katanya dihubungi, semalam. Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, berkata pihak penganjur memberikan bantuan perubatan segera kepada tiga peserta terbabit, sebelum mengejarkan mereka ke PPUM untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Ketiga-tiga mereka mengalami luka dan lebam serta dibenarkan keluar pada hari sama selepas menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. Kita doakan mereka segera sembuh. “Pihak penganjur mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan semua peserta dan mengucapkan terima kasih kepada saksi yang memberikan maklumat penting mengenai kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam. Beliau berkata, pihak penganjur membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara dan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan pihak berkuasa terbabit.
8 Julai 2013
Posted by jinson on 8.7.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
0 ulasan:
Catat Ulasan