13 Jun 2013

Posted by jinson on 13.6.13 No comments


La Paz: Penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan di selatan Bolivia mengebumikan seorang lelaki hidup-hidup di dalam kubur seorang wanita yang dirogol dan dibunuhnya. Santos Ramos, 17, dituduh membunuh mangsa, Leandra Arias Janco, 35, Ahad lalu. Lebih 200 penduduk kampung menangkap Ramos dan mengebumikannya hidup-hidup di sebelah mayat mangsa. Menurut jurucakap polis, pihaknya gagal menghalang perbuatan itu selepas penduduk turut menghalang mereka memasuki kampung berkenaan. Seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali berkata, Ramos diikat ketika mangsanya dikebumikan. Dia kemudian dicampak ke dalam kubur sebelum penduduk memasukkan keranda berisi mayat Leandra dan menimbusnya.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog